Kerjaya kelab Hans-Jörg_Butt

Hamburg/Leverkusen

Butt memulakan kerjaya profesionalnya bersama kelab VfB Oldenburg yang akhirnya naik 2. Bundesliga. Beliau berpindah ke Hamburger SV pada musim panas 1997 dan pada musim keduanya, beliau telah menjaringkan tujuh gol untuk Hamburg dan kesemuanya dari tendangan penalti.

Butt sertai Bayer 04 Leverkusen secara percuma pada tahun 2001. Beliau telah bermain kesemua perlawanan untuk Leverkusen dan tewas kepada Real Madrid pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara.

Pada 17 April 2004, selepas menjaringkan penalti pada perlawanan di tempat lawan menentang FC Schalke 04, beliau ke tengah padang dan meraikan gol bersama rakan sepasukan. Beliau belum sempat kembali ke posisi penjaga gol selepas pengadil meniup wisel perlawanan untuk memulakan perlawanan, Mike Hanke pemain lawan mengambil peluang ini untuk menjaringkan gol dari tengah padang dan menjaringkan gol sambil Butt sedang berjoging untuk kembali ke posisi.

Benfica

Selepas kehilangan posisi penjaga gol kepada pemain muda René Adler untuk musim 2006-07, Butt ingin membatalkan kontraknya yang dikaitkan sheingga 2009. Pada Julai 2007, beliau menandatangani kontrak dua tahun bersama gergasi Portugal, SL Benfica.

Butt membuat debut untuk Benfica pada kejohanan musim panas, Torneio de Guadiana. Pada kejohanan itu, beliau telah menyelamatkan satu penalti ketika menentang Real Betis dan membantu Benfica ke perlawanan akhir. Beliau kemudian hanya bermain satu perlawanan liga untuk Benfica selepas Quim dibuang padang pada perlawanan menentang C.S. Marítimo pada Oktober 2007. Pada perlawanan tersebut, beliau menyelamatkan tendangan penalti dari Ariza Makukula dan pasukannya menang 2-1.

Bayern Munich

Pada 4 Jun 2008, Butt menandatangani kontrak dua tahun bersama juara Bundesliga, FC Bayern Munich untuk menggantikan Oliver Kahn. Beliau membuat debut untuk Bayern pada perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Sporting Lisbon, 7-1 pada 10 Mac 2009.

Butt menjadi pilihan pertama penjaga gol untuk musim 2009-10 selepas Bayern memulakan aksi musim yang longlai. Pada 8 Disember 2009, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern melalui tendangan penalti pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Juventus, 4-1.

Pada 30 Januari 2010, Butt gagal mengambil peluang untuk menjaringkan gol liga pertamanya apabila diselamatkan oleh penjaga gol 1. FSV Mainz 05, Heinz Müller, tetapi pasukannya menang 3–0. Pada 16 Februari, beliau melanjutkan kontraknya bersama Bayern sehingga 2011.

Pada musim 2010-11, Butt yang berumur 36 tahun kehilangan tempat penjaga gol kepada pemain muda Thomas Kraft. Walau bagaimanapun, selepas aksi yang kurang memuaskan pada perlawanan tewas 3-2 kepada Inter Milan pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara pada 15 Mac 2011 dan terikat seri 1-1 bertemu 1. FC Nürnberg pada 9 April, beliau telah termasuk dalam kesebelasan utama pada 17 April menentang Bayer Leverkusen dan beliau tampil dalam 30 perlawanan rasmi pada kempen liga dan membantu pasukannya menduduki tmepat ketiga liga.

Pada 3 Mei 2011, Butt melanjutkan kontraknya selama setahun bersama Bayern sebelum berada di belakang Manuel Neuer. Beliau bersara pada musim yang sama pada usia 38 tahun selepas perlawanan persahabatan menentang Belanda pada 22 Mei 2012 dan di mana beliau sebagai katpen pasukan.